Blogger Layouts

Monday, March 2

AL-FATIHAH...

Bismillahirrahman ar-rahim
Alhamdulillahi rabbil 'aalamin
Arrahman Arrahim
Maaliki yaumiddeen
Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in
Ihdinas siraatal mustaqim
Siraatal laziina an'amta 'alaihim ghairil maghduubi 'alaihim wa laudhdolliin
AMEEN
Alhamdulillah.Maha suci Allah yg masih memberikanku kesempatan kembali ke pangkal jalan.masih bernyawa dan masih mengecapi nikmat iman.masih kuat dan sihat utk m'buktikan ketaatan dan masih b'peluang m'jalankan amanah yg belum disempurnakan.Alhamdulillah..
Apa agaknya yg bermain di fikiran anda tatkala menatap tajuknya??saya jangka ramai akan terbayang akan kematian.perpisahan mahupun 'kehilangan' yg tersayang.memang tidak mustahil.kerana pembuka bicara ini mmg sinonim dgn kematian.namun bukan itu yg saya maksudkan.tidak sama sekali.bukankah al-fatihah itu muqaddimah Al-Quran?maka saya memilihnya sbg muqaddimah blog ini juga.mudah-mudahan,sgl apa yg tertulis d ruangan ini sentiasa selari dgn syariatNya.
Apa specialnya surah ini?pendek saje.tujuh ayat cuma.tapi cukup bermaknabagi saya.meskipun sudah di baca ribuan kali(17x365xumur anda sejak mula solat)-sekiranya anda seorang yg menjaga solat anda!-namun bg yg m'hayatinya,ia cukup utk membuatkan anda menitiskan airmata!anda percaya luar biasa istimewanya?saya yakin dan saya percaya.kerna saya pernah merasakannya.
Memang tak semua org di beri peluang utk merasakannya.tapi semua org diberi peluang utk mencuba.resepinya macam biase;cuma hadirkan hati ketika membaca,rasakan kewujudan Allah,hayati maknanya,baca dgn penuh pengharapan agar ditunjukkan jalan sambil m'insafi dosa2 lalu dan m'bayangkan azab atas stp dosa itu.
Ttpi sekiranya anda dalam golongan yg membacanya sekadar di lidah saja,maaflah!anda tidak mungkin merasakannya.al-fatihah ini tidak akan terkesan pada mereka,tidak menusuk qalbunya dan tidak menggetarkan jiwa!
"Sesungguhnya orang2 yg beriman adalah mereka yg apabila disebut nama Allah,gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat2Nya kpd mereka,bertambah imannya,dan hanya kpd Tuhan mereka bertawakkal.yaitu org2 yg melaksanakan solat,dan yg menginfakkan sbhgn dr rezeki yg Kami berikan kpd mereka.Mereka itulah org2 yg benar2 beriman." (Al-Anfal:2-4)
Blog ini sentiasa terbuka untuk dikritik.bukan di buat utk menghentam sesiapa,ttp anda diizinkan utk menghentam saya.blog ini juga tidak mewakili mana2 parti,pertubuhan mahupun mana-mana bangsa,tetapi pastinya mewakili satu agama.ISLAM agama yg sejahtera utk semua.justeru saya harap andainya ada yg ditulis di sini tidak tepat,anda bantulah membetulkannya.semoga anda mendapat manfaat dr usaha kecil ini.berkenaan resepi td,SELAMAT MENCUBA!

0 comments: