Blogger Layouts

Saturday, July 17

Indahnya Cinta

Penat..sakit-sakit badan..lenguh kaki..kepala berat..cukup pakej untuk menghantar saya ke katil..
Namun rasa teruja menidakkannya..lagi pula, ada janji untuk bertemu di alam maya~

Baru pulang daripada cheras perdana, tepatnya Sek. Men. Keb. Cheras Perdana..pertama kali menjejakkan kaki membawa bersama taklifan yang bukan ringan..beserta sebuah misi yang serius, saya gagahkan hati walaupun debaran yang memalu dada hampir saja membuatkan saya menarik diri..MUB.

Tiba awal pada malam sabtu untuk sesi TOT dan taklimat..maklumlah..kami yang mewakafkan diri untuk menjadi fasilitator bukannya semua saling mengenali apatah lagi berpengalaman mengendalikan program ini..masa diambil untuk memahami arahan, modul dan 'break the ice' sesama fasi..Alhamdulillah Allah mempertautkan hati kami untuk kelancaran sebuah misi..

Janji nak mula 8.30 pagi sabtu..saya dan sahabat merancang untuk gerak dari rumahnya pada pukul 8 pagi..datang sedikit awal untuk persiapan mental dan menyesuaikan diri..namun Allah tidak mengizinkannya dan tibalah kami di sek berkenaan cuma kurang 5 minit dari masa program bermula..Syukurlah, gelabah kami yang terlewat dapat disembunyikan apabila Abang Bai memulakan program dengan bicara santai..

Mana tak gelabah, kami dah diberitahu malam sebelumnya bahawa slot pagi adalah bahagian terpenting yang memerlukan kerjasama para fasi..slot awal selalunya menjadi indikator kepada keseluruhan program..maka usaha harus berganda..

Pembentukan kumpulan atas pilihan peserta..namun saya lihat kumpulan saya sendiri bukan semuanya mereka pilih..6 orang tingkatan dua dan 2 lagi tingkatan satu..mereka kurang mengenali yang berbeza tingkatan..saya cuba untuk memahami..sekolah mereka sangat besar dan ramai pelajar, beza dengan sekolah saya..tingkatan 2 sahaja mereka ada 10 kelas..padanlah mereka tidak saling mengenali seperti saya mengenali warga al-amin bangi..<...yang perempuan la...>

Ta'aruf tak memuaskan hati saya kerana dilakukan dalam kebingitan dan kesuntukan waktu.. ais tak betul-betul pecah..perkenalan sekadarnya sahaja kerana slot seterusnya harus mengisi pula..Alhamdulillah saya ingat nama mereka walaupun bukan nama penuh..

Tidaklah saya rajin untuk mencoretkan detail permainannya..tapi jika tidak, maka cerita kurang sempurna..mereka diarah untuk menutup mata dan mulut (kain+selotape) dan meletakkan tangan kanan di belakang badan..lalu mereka perlu mencari ahli kumpulan yang telah diselerakkan tanpa apa-apa bantuan..ada pula fasi-fasi yang mencerai-beraikan mereka bila mereka telah berjumpa..kesimpulannya, kumpulan tidak berjaya dijejaki..

Kemudian diberi kelonggaran untuk membuka mulut dan fasi turut membantu..hasilnya? cuma sedikit masa diambil untuk mengumpulkan ahli..naah! ketika inilah saya melihat sesuatu..sungguh saya langsung tidak menjangkakannya..amat mengejutkan..saya melihat dua orang dalam satu kumpulan ni yang menangis..menangis yang sungguh-sungguh, siap menjerit kecil lagi.."aku takut..aku takut sangat..aku tak jumpa kau pun tadi.." "aku puun..." "eh, x payah la nages.." panjang lagi la..

Saya hairan amat dengan dia..Selepas itu, saya sedar, rasa cinta lah yang membuatnya begitu.. Rasa sayang yang mendalam kepada sahabat..biasalah, ada klik...Masa itulah saya terfikir.. 'MasyaAllah, indahnya cinta mereka!' Saya jadi teringat sahabat-sahabat saya yang saya rindu semuanya..dalam hati bermonolog sendiri, 'Pasti lebih indah cinta saya..cinta atas jalan yang sama..atas fikrah yang satu..hati kami berpadu..' 'oh, alangkah baiknya jika mereka faham apa yang saya rasa..'

Selebihnya, apa yang berlaku sepanjang sehari ini pasti saya semat di hati. Tidak dapat lagi menahan diri daripada tidur..rasa sangat penat..

Cuma yang saya ingin nyatakan, betapa kesempatan hanya beberapa jam mengenali mereka, Allah beri saya rasa cinta tiada tara..melimpah bagaikan tiada harga..sukar digambarkan dengan kata-kata..berat hati mereka nak melangkah pulang ke rumah petang tadi..berat lagi saya nak mengundur diri..masing-masing tak tahu entah bila lagi Allah akan temukan kami semula..
Ya Allah, berilah kesempatan itu kepada kami..

Sekalung penghargaan buat guru-guru SMK Cheras Perdana yang supporting dan peserta-peserta yang sporting..

Buat abang-abang, terima kasih atas tunjuk ajar..
Juga buat akak-akak seperanan, Kak Aisyah, Kak Sod, Kak Fatina, Kak Ima, Kak Rina, Kak Sumayyah, Balqis dan Nasreen, meskipun baru berkenalan, tautan hati yang Allah berikan telah menjayakan sebuah misi..Sangat gembira mengenali kalian atas perjuangan yang sama..

Buat Ekyn, Alin, Wanie, Faza, Along, Azian, Amiera dan Ellana..
Mencintai kalian sangat indah,
Dicintai kalian satu anugerah..


Jujur, hati dipenuhi cinta sejak balik tadi..

Ingin mencintai kalian di syurga..

Oh, indahnya cinta~

Moga Allah redha..

<.......mata tak mahu berkompromi lagi..jika Allah izin, ada kisah lanjutnya nanti..dah hilang fokus.......>

Friday, July 16

~Alhamdulillah~

Huwaa!! ngantuk pula awal petang ni..rasa nak lena tapi nak curi juga masa..kesempatan yang ada tidak bole dibiar sia-sia..esok ada misi dan perjalanannya akan bermula sebentar lagi..

<.....malasnye nak berkemas.....>

Duduk dengan nenek kat rumah seringkali mendatangkan sesuatu..Meskipun saya kurang akrab dengannya, saya masih cuba bermesra..

Kamu tahu? kalau saya layan dia bicara, dia rajin menurunkan ilmu rumahtangga.. <.....erk?.....>
Hehe..kadangkala terasa lucunya, tapi saya sedar saya semakin dewasa..maka perkongsiannya serupa itu..

Apa yang dikongsi bersama, bukanlah saya tak tahu, tapi saya tetap luangkan masa mendengar.. Dia berbicara dari sudut pengalamannya hingga saya merasakan ada nilai tambah dalam ilmu sedia ada..dan huraiannya menepati keadaan semasa..

~Jangan tengok siapa yang berbicara, tapi dengarlah apa yang dibicarakannya~

Dia sendiri menimang cahaya mata pertama pada usia belasan tahun dan mempunyai 10 orang anak kandung kesemuanya..

Dia kata:

1> Perlu tahu peranan dan tanggungjawab
Kewajipan mesti dilaksanakan biar betapa payah pun ia..lebih-lebih lagi seorang isteri..wajib menyenangkan hati suaminya, mengurus rumahtangga sebaiknya dan berusaha menyiapkan keperluan seisi keluarga..

2> Pendidikan agama sangat perlu dititikberatkan
Yang ini, anda faham sendirilah. Tapi fokus ulasannya tadi adalah suami bertanggungjawab atas isteri dan anak-anaknya..kewajipan mendidik dan menegur itu bakal dipersoalkan kembali di akhirat nanti..apakah peranan sebagai imam keluarga sudah dipenuhi?

3> Jangan sampai yang di bawah tak menghormati
Menuruti kemahuan bukan sehingga menjadikan dia lupa akan kesusahan..memanjakan jangan sampai dia tak tahu menghormati orang..mengapa ada suami yang takut menegur khilaf isteri lantas apa saja yang si isteri mahu direlakan saja sedangkan dia tahu Allah tak redha? Mengapa pula ada ibubapa yang tidak menegur tindakan anaknya yang jauh sepadan dari syariat sedangkan tugas mendidik itu terpikul di bahunya? laksana singa takutkan kucing padahal singa yang sebenarnya mempunyai taring..sudah akhir zaman..ibu melahirkan tuan..sewenang-wenangnya dipijak kepala..

4> Ibu bapa sebagai qudwah
Pastikan apa yang kita lakukan hanya yang baik-baik supaya menjadi contoh kepada mereka..terutamanya kepada kanak-kanak kerana mereka menelan bulat-bulat apa yang didengar dan dilihat..jangan kesilapan kita kelak menjadi hujah untuk mereka melakukan perkara yang sama..
Percayakah anda sikap ibu bapa banyak mempengaruhi anak-anak mereka? Saya melihat kesannya selama memegang tugas mendidik anak-anak pra-sekolah..tidak dapat saya huraikan panjang di sini kerana kesuntukan masa..Kesimpulannya, mahu anak-anak yang soleh, perlu cari pasangan yang soleh..mahu pasangan yang soleh, perlu jadikan diri sendiri itu soleh..

5> Mendidik anak harus setiap ketika
"Anak-anak itu lahir dalam keadaan fitrah. Ibu bapanya lah yang mencorakkannya sama ada menjadi yahudi, nasrani atau Islam.." Allah pinjamkan kain putih untuk dicorakkan maka amanah itu bukan untuk kita sia-siakan..bakal dituntut kembali lalu corak yang bagaimana ingin kita persembahkan? Jangan biarkan kotoran mencuri walau sedikitpun ruang kerana kita harus memenuhkannya dengan kebaikan..setiap masa..Mendidik dengan berhikmah agar mereka boleh menerima segala penjelasan dan 'peraturan' tanpa rasa pemberontakan dalaman..

6> Jaga hubungan dengan Allah, nescaya Allah menjaga keluarga kita
Jangan cuai menunaikan kewajipan pada Allah terutamanya solat kerana jika ada ahli keluarga mengabaikan solat, ketenangan dan keharmonian dalam keluarga akan dicabut..Tidak lengkap rasa bahagia meskipun dengan limpahan harta, kesihatan sempurna dan kejayaan yang diraih.. sebaliknya Allah akan membinasakannya di dunia dan mengazab pula di akhirat..Jika keluarga dijaga sesuai dengan perintah Allah, terpisah di dunia, bertaut kembali di syuga!

Cuma itu yang tertulis di sini..Yang lain-lain biarlah saya simpan saja..untuk peringatan buat diri sendiri.. Wallahua'lam..ada cerita menarik ingin dikongsi..namun mata tak memberi restu untuk saya singgah lebih lama di sini..

Oh! Hadirlah mimpi~

Moga Allah meredhai..


Monday, July 12

Back To The Basic

Bila semangat nak menulis, mesti tak boleh sign in..
Bila dah tak semangat, tiba-tiba boleh pulak..
Aduhh!

Ahh! Abaikan..Sunnah orang berjuang. Pasti ada halangan.

Saya ingin mengajak anda semua bersama saya merenung sejenak..bukan renungan kosong, tapi renungan mengenal hakikat penciptaan..

Dari mana kita datang? Untuk apa kita hidup? Ke mana kita akan kembali?

3 soalan yang sangat asas..yang sepatutnya semua orang boleh jawab.spontan.ini perkara yang 'badahi' (perkara asas yang tak memerlukan usaha yang sungguh2 untuk tahu). tapi kenapa masih ada yang termenung saat soalan ini diajukan? Tak tahu tujuan hidupkah? Ohh! sia-sianya..

Kalau kita datang dari Allah..maka kita akan kembali semula kepada Allah..jadi untuk apa hidup jika bukan kerana Allah?

Ya. kita hidup untuk mendapat keredhaan Allah..Allah redha jaminannya syurga..nak redha Allah, kenalah buat yang disuruh, tinggal yang dilarang..tapi kalau buat sebaliknya, pastilah Allah murka. bayangkan, macam mana jika seseorang itu menempuh jalan ke Perlis dengan harapan di penghujung jalan akan tiba di Johor? murka dan redha Allah adalah dua perkara yang tak mungkin jadi satu! jadi kenapa kita campur adukkan dalam kehidupan? astaghfirullah..

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu" (51:56)

Setuju atau tidak,hakikat itu tak dapat diubah..
Mahu buat atau tidak, itu terserah..

Hidup untuk ibadah itu tidaklah bermakna tak henti-henti solat, hari-hari puasa, dan lain-lain ibadah khusus..Makan, mandi, malah tidur pun boleh jadi ibadah. Bahkan membeli-belah! Tapi bersyarat. Jaga niat dan jaga syariat. Asal 2 perkara ini dipelihara, segala-galanya boleh jadi ibadah..

hidup untuk ibadah bukan sebatas ibadah khusus. yakni ibadah yang memang disyariatkan, yang orang memandangnya sebagai ibadah seperti puasa, solat, sedekah, dzikir, haji dsb.
Tapi juga meliputi ibadah umum termasuklah rutin harian kita, apa jua perkara baik yang kita lakukan, yang selari dengan syariat.

Barangsiapa yang menjadikan kehidupan dunia sebagai peluang untuknya bersukaria, maka akhirat bakal jadi beban buatnya..Tapi siapa yang menjadikan hidupnya di dunia
sebagai tempatnya bekerja, maka akhirat adalah kerehatan abadi untuknya..

Tidakkah anda merasakan satu kekosongan bila buat apa yang Allah larang? Adakah
hati sungguh-sungguh bahagia tatkala bangga mempamer dosa? <..pinjam ayat ye aisya..>
Ketahuilah bahagia itu sementara. Bertaubatlah. Jangan bertangguh. Belum tentu kita ada esok hari untuk mohon keampunan Ilahi.

Jalan pulang terlalu luas.

Mungkin ramai yang tak sedar. tapi datangnya kita di dunia ini dengan perjajian. Perjanjian pertama seawal alam roh..

Lahirke dunia kita menggenggam tangan..kerana apa ?Kerana berjanji menggenggamamanah utk mengabdikan diri kpd ALLAH..namun terbuka jua tangan kitakerana godaan dunia yang pertama.."Ya ALLAH,diriku ini hamba yglalai..pimpinlah diriku kejalan yang benar.. supaya aku dapat menggenggamkembali amanah yg dulu pernah KAU beri... padaku'..

<....tersentuh dengan bait-bait diatas...jazakillah sakinah...>

"Dan tiada kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itu yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (29:64)

"Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (Al-Hadid:20)

"dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahannam banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya. Mereka seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat; mereka itulah orang yang lalai" (Al-A'raf:179)


Cukup-cukuplah berseronok dengan kelekaan. Tiadalah ia menambah bahagia melainkan bertambah jauh daripada Allah pula..

Tak tahu, pura-pura tak tahu atau memang tak mahu tahu?


Celikkan mata. Mata hati kamu.


Cukuplah MATI sebagai peringatan.

Semoga Allah meredhai kita. Sebagai hamba.

Baarakallahulakum.

Monday, July 5

Ubati Dosa di Kebun Iman



Pada suatu ketika Saidina Ali Abi Talib sedang berjalan-jalan di sebatang jalan kota Basrah, tiba-tiba beliau ternampak sekumpulan besar manusia. Mereka berebut-rebut untuk ke hadapan dan saling menolak. Orang-orang yang berada di belakang pula memanjangkan leher dan mengangkat tumit mereka agar dapat melihat ke tengah-tengah himpunan manusia itu.


Ali bin Abi Talib ingin mengetahui apa gerangan yang sedang menarik perhatian orang ramai itu. Maka beliau pun pergi lebih dekat. Ternyata orang ramai berasak-asak itu sedang mengerumuni seorang pemuda yang tampan wajahnya, segak badannya serta kelihatan berwibawa. Pemuda itu memakai pakaian serba putih dan duduk di atas sebuah kerusi. Pemuda itu pandai mengesan setiap penyakit yang sedang dihidapi oleh tubuh seseorang dan menentukan setiap jenis ubatnya.

Tidak seorang pun yang menghadapi masalah kesihatan yang ada di situ, melainkan diberitahu penyaki dan ubatnya. Memang benar, semua yang mengikut arahannya sembuh serta merta. Setelah mendapat giliran, Ali bin Abi Talib terus maju ke hadapan dan bertanyakan tentang perihal penyakit. Maka, terjadilah perbualan antara doktor muda itu dengan Saidina Ali bin Abi Talib r.a.

"Assalamualaikum, wahai tuan doktor," kata Ali bin Abi Talib memberi salam. "Wa'alaikumussalam," jawab doktor muda itu.
"Adakah tuan doktor boleh menunjukkan ubat penyakit dosa? Orang ramai tak mampu mencari ubat penyakit yang satu ini," kata Saidina Ali.
Pemuda itu tidak menjawab, tetapi hanya menundukkan kepalanya hingga menyentuh bumi.
"Bagaimana tuan doktor, boleh menunjukkan ubat penyakit dosa?" tanya Saidina Ali lagi.

Dia tidak menjawab juga , maka Ali pun mengulangi pertanyaannya buat kali ketiga dan doktor mengangkat kepalanya. Maka bertanyalah Ali, "Wahai tuan doktor, adakah tuan mengetahui ubat penyakit dosa? Semoga Allah memberkati tuan doktor."

"Ya, tahu," jawab doktor itu.
"Sila tuan terangkan kepada saya," pinta Ali bin Abi Talib.

Doktor muda itu menerangkan bahawa untuk mengubat dosa, seseorang itu hendaklah tinggal di kebun iman. Kemudian ambillah akar-akar niat dan bijirin penyesalan di dalam kebun itu. Ambillah pula daun-daun memperbaiki diri dan azam, taburlah biji warak, buah Fikah, dahan-dahan yakin, saripati ikhlas dan kulitnya ijtihad. Ambil pula akar-akar tawakal, sempurnakan dengan iktibar, minumannya air taubat dan ubat tawadhu'. Ubat-ubat itu hendaklah diambil oleh hati yang hadir, waspada dan faham.

Peganglah taufik, kemudian ditempatkan di bekas tahkik dan hendaklah dibasuh dengan airmata. Lepas itu, letakkan di dalam periuk harapan, kemudian nyalakan api rindu di bawahnya sehingga timbullah buih-buih hikmat yang banyak. Setelah masak, tuangkan ia ke dalam dulang redha dan kipaslah dengan istighfar.

Dengan demikian, engkau akan mendapatkan minuman yang sangat jernih, asli dan sedap. Akhirnya, minumlah air itu di tempat yang sunyi yang tak seorang pun melihatnya melainkan Allah Ta'ala. Dengan cara itu, seseorang boleh mengubat dosanya sehingga sembuuh dan habis terkikis.

Lepas memberikan keterangan yang panjang berupa resepi untuk ubat dosa, pemuda itu bermadah memperingatkan orang yang hadir akan bahayanya dosa dan hendaklah bertaqwa kepada Allah s.w.t. Kemudian dia berteriak satu kali dengan teriakan yang kuat sehingga rebah ke bumi dan meninggal ketika itu juga.

"Sesungguhnya engkau ini memang seorang doktor dunia dan doktor akhirat," kata Saidina Ali bin Abi Talib. Kemudia beliau memerintahkan kaum Muslimin agar segera meguruskan jenazah pemuda wara' itu.


Thursday, July 1

Kita dan Mereka.....



Pernah saya mendengar..

Long time ago..

Tak ingat sumbernya..

~saya memang selalu begitu~


Sahabat-sahabat Rasulullah, sentiasa berdoa untuk Ramadhan..
6 bulan sebelum, didoanya supaya Allah menyempatkan mereka melalui
Ramadhan yang akan tiba..
6 bulan selepasnya, mereka tak putus berdoa agar Allah terima amalan mereka dalam Ramadhan yang telah lalu..
Begitulah berulang-ulang mereka berdoa, tanpa jemu..
Putaran doa yang tiada putus..

Kita, adakah sungguh-sungguh merindui Ramadhan?
Bila diberi peluang untuk mengharunginya lagi,
adakah kita benar-benar menghargainya?

Soalan yang tak memerlukan jawapan.

Tapi...

Fikirkan.


Wednesday, June 23

Bila kehilangan....

Dengan berat hati menuruti...akhirnya pulang ke kampung walaupun awalnya tidak mahu kerana ditakuti sesuatu yang cuba dielakkan terjadi, setelah diyakinkan bahawa perancangan tidak mengizinkan ianya berlaku..namun, Allah Maha Tahu..

Tanpa saya sedari,ia makin menghampiri..dan....akhirnya benar-benar terjadi..kecewa di hati tak terungkap lagi melainkan airmata yang turun mewakili segalanya..

*************************

Di kampung..

Sedang khusyu' mengunyah santapan tengahari, Mak Lang bersuara.

"Kak Lang kena acu pistol betul-betul..." katanya sambil menunjukkan ekspresi terkejut seolah ianya sangat baru terjadi..hakikatnya saya pun tak pasti bila ia berlaku..

Saya lihat tiada yang memberi respon..tidak juga saya..masing-masing enak meneruskan kunyahan..tidak kisah..seolah-olah cuma omongan kosong yang dilontarkan..saya benar-benar menganggapnya gurauan lalu tak diberi perhatian..

Sambil menyuap cucunya, cerita disambung..

"Masa tu Kak Lang ada kat rumah Yani, dengan Yat. Berdua je. Yani pergi.......Haifa.......Abang lang........." Jujurnya saya tak dapat menangkap kerana langsung tiada penumpuan melainkan makan..

Lalu di telinga saya..

"Yani col,tanya ada apa-apa ke kat rumah. Kak Lang kata biasa-biasa je. Nothing happen." Abang Faedzal col juga tapi diyakinkan semuanya baik-baik saja. "Kak Lang baru habis 'gardening'. Masuk dalam rumah. Tapi tiba-tiba dengar orang kecoh-kecoh kat luar......." dengan segala kayu dan senjata bagai, bersedia untuk 'menyerang' rumah..dengan pak 'guard' juga..

Barulah saya mula fokus pada bicaranya..Yang lain juga begitu nampaknya..

Cemas dan kecoh seketika..Tergesa-gesa mereka berdua keluar. Pak 'guard' lalu menjelaskan bahawa pihaknya menerima laporan rumah hujung itu dipecah masuk. Kerana ada jiran Kak Yani nampak pintu rumah dalam keadaan terbuka sedangkan tuan rumah tiada. Dan ada pula kereta 'besar' diparkir di belakang rumah seperti ingin memunggah..

Jadi bersungguh-sungguhlah Mak Lang meyakinkan Pak 'guard', dia ibu tuan rumah. Datang berziarah. Tiada kes pecah rumah.

Tidak lama selepas itu, pak 'guard' dan warga taman yang prihatin beredar. Beberapa minit kemudian, gempar lagi. Pihak polis mengepung rumah. Lengkap bersenjata! Berderau darah.

Terburu-buru Mak Lang keluar dengan penuh tanda tanya, kepelikan yang tidak boleh diterima. Pistol siap teracu menghala pintu rumah. Tiadalah yang Mak Lang mampu buat dalam kekalutan itu lalu mengangkat tangan tanda menyerah diri. Gelabah menjelaskan kedudukan hal yang sebenar.

Polis kemudian meminta IC dan selepas berakhir semua prosedur, Mak Lang meluahkan rasa tidak puas hati..minta Abang Faedzal 'clear'kan dengan polis dan mahu jiran-jiran meminta maaf atas tindakan melulu mereka.

Tidak sedikit yang memuji keprihatinan jiran mereka dan kepantasan pihak berkuasa bertindak atas laporan. Tapi Mak Lang tetap kesal. Katanya, trauma dia orang tak tahu..




**********************



Lihat positifnya. Betapa rasa syukur punyai jiran yang mengambil berat. Hidup sebagai satu komuniti yang 'hidup'. Jujurnya saya tak sangka hal itu boleh terjadi kerana pada hemat saya, Kak Yani dan Abang Faedzal mewakili kesibukan orang berkerjaya. Keluar awal pagi, pulang menjelang malam. Tempat kerja pun bukan dekat, ada di rumah pun bukan selalu. Yelah, anak-anak mereka tinggal dengan Mak Lang. Jadi ingatkan mereka kurang bercampur dengan jiran..Yang sebetulnya tidak tahulah.

Astaghfirullah..Selemah-lemah ukhuwwah adalah bersangka baik.

Kisah yang sangat meruntun hati sebenarnya. Bukan kerana simpati dengan kekalutan Mak Lang menghadapi pengalaman pahit tu, ~erm,simpatilah juga..~ tapi sayu bila suasana hidup bertetangga itu sudah amat lama saya tidak rasa. Sejak pindah ke sini pada 2005.

Sungguh itu merupakan kehilangan yang amat besar dalam hidup saya..jasad berpindah tetapi hati masih di sana..Jiran-jiran di rumah lama tiada gantinya..mereka istimewa..terlalu!

Berkali-kali saya ajukan pada bonda,apa puncanya..bagaimana caranya..rasa kosong dengan kehidupan 'sendiri-sendiri' di sini..walaupun sangat bersyukur dengan panorama yang lebih indah berbanding rumah lama.

Jawabnya, "Kat sana tu ramai orang dah berumur,
housewife, sebab tu la..." Aaah! berapa lama lagi harus ditunggu saat itu..Memang tak saya nafikan..di sini ramai muda-muda, sibuk kerja..masing-masing dengan hal sendiri..

Tapi apa wajar itu dijadikan alasan?

Sekadar satu contoh~

Di rumah lama, tatkala renyai mula menjejak bumi, pasti berlari si jiran
saya untuk mengangkat kain. bukan kain di rumah sendiri,tapi di rumah jiran yang bekerja, yang tiada di rumah untuk menyelamatkan kainnya daripada di basahi. jika dia ada di rumah, paling tidak, akan berteriak memanggilnya supaya mengangkat kain.

Di sini, biar hujan selebat mana pun menyimbah bumi, kalau di situ kedudukan asal penyidai baju yang diletakkan oleh tuanrumah, maka akan tetap disitulah kedudukannya sehingga si tuan mengalihkannya. SENDIRI. Baik saya mahupun mereka.
(mungkin bukan semua.tak tahu.) Kadang-kadang terasa zalim juga, tapi apakan daya, sudah hilang jiwa..


Semakin terasa, dan semakin memilukan, bila menjelang ramadhan..Rasa ramadhan kurang sempurna dengan keadaan ini. tidak seperti dulu..Sungguh saya merindui Ramadhan di kawasan kejiranan lama..Solat tarawehnya..dan kesibukan tugas semasa morehnya~

Di sini, maaf andai terlalu berterus terang, tarawihnya kurang menyengat..hilang jiwa dalam mengharungi bulan puasa.

Bukan cuma saya yang merasa. Keluarga saya juga. Malah jiran-jiran juga. Kerana itulah masing-masing lari ke masjid dan surau lain..Surau itu kesepian.

Apatah lagi di hari-hari biasa yang dijalani. Tiada jemaah maghrib dan isya'..Jauh sekali subuh, zohor dan asar. Tiada yang mampu istiqamah. bukan tiada usaha daripada sesiapa namun kenyataan pahitnya, tiada sambutan. Entah berapa bulan 'si ayah' menyeru dengan azan, namun akhirnya solatlah dia sendirian di surau itu..dialah muazzin, dialah imam, dia lah seorang yang menjaga kebajikan surau..makmumnya cuma para malaikat. hatta anak-anaknya pun memilih ke surau lain..kerana surau yang dekat ini, yang dibina dengan susah payah, telah HILANG JIWANYA BERSAMA KEHILANGAN JEMAAHNYA..

Akhirnya, 'si ayah' juga hilang semangatnya menghidupkan surau itu dan lebih senang solat di rumah. Walaupun ada (sekali setahun agaknya) orang lain pernah datang melaungkan azan, dia tetap tidak pergi..Tawar hati..Kecewa benar dia nampaknya..

Phew~

Berat rasanya menanggung kepiluan ini sekian lama..
Sudah tak terluah lagi yang terbuku di jiwa..

Ya Allah, kurniakanlah semangat itu dalam ramadhan tahun ini dan kekalkannya sampai bila-bila..Tidak inginku menghadapi ramadhan yang pincang sekali lagi dengan situasi begini.. Gerakkan hati-hati kami..

Jauh di sudut hati, ketika bonda mengajukan jawapannya tadi, azam tersemat di hati..Saya tidak akan izinkan itu berlaku lagi..tidak! pada saat saya ada rumah sendiri, keluarga sendiri dan tetangga sendiri..Saya akan berbuat sesuatu..Tak boleh ia berulang lagi!


Wahai diri, apa perlu menanti hingga saat itu?

Wahai daie, itu tanda kau perlu bekerja keras lagi!





Bila hilangnya jiwa~





suamiku kekasih Allah

Oopps! maaf ye..

bukan mahu cetus gempak, cuma ingin getus semangat..mugkin~

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah..setelah sekian lama ingin berkongsi, baharu kali ini Allah mengizinkan perkongsian ini terjadi..alhamdulillah..

Jujurnya,hati telah digerakkan oleh Allah untuk menyelami sebuah kisah..kisah benar daripada peristiwa Memali pada 19 november 1985 ...

Tidaklah saya merancang untuk memperincikan kisah syahidnya 14 orang pembela agama itu namun sekadar mahu memetik beberapa kata-kata yang dirasakan boleh diambil buat iktibar bersama..

Kata-kata yang dilafazkan oleh As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya, yang merupakan tonggak utama pembangunan dakwah di Memali..


"Jika sampai masanya kamu terpaksa berdepan dengan perjuangan yang memerlukan pengorbanan darah dan nyawa, jangan ada antara kamu yang memalingkan tumit-tumit kamu ke depan (lari). Kerana jika mati ketika lari itu, maka kamu telah tempah salah satu tiket ke neraka."



"Sesungguhnya perjuangan kita ini tidak akan tamat selagimana sebuah kerajaan Islam tidak tertegak di negara kita. Sekiranya kita mati, nescaya ada mereka yang akan meneruskan perjuangan kita ini. Kerana itu, hendaklah kita berserah kepada Allah dan jangan sekali-kali kita tunduk kepada toghut..."



Dari kacamata seorang isteri...

Suaminya sering berkata, bahawa dia tidak mahu mati di atas tilam yang empuk atau mati kemalangan jalan raya atau mati jatuh pokok. Sebaliknya dia mahu mati syahid. dia mahu bangun dari kubur dengan ditemani darah. Darah sebagai saksi bahawa dia telah berkorban untuk agama Allah. Dia tidak mahu berada di Padang Mahsyar dengan penuh dugaan, sebelum dapat masuk ke syurga. Dia mahu masuk terus ke syurga tanpa dihisab.Inilah cita-cita suaminya. Inilah juga cita-citanya..


Dan itu juga cita-cita saya..juga anda, semestinya..

Alhamdulillah.Suaminya sudah mencapai cita-citanya..

Suaminya Kekasih Allah~

Ya Allah,anugerahkan kami juga syahid di jalanMu...

WAllahua'lam.

Sunday, June 6

BUTAKAN MATA, PEKAKKAN TELINGA!


Itulah dunia..dunia yang begitu mengecewakan! Pada zaman Islam 'disepak terajang' begini, tiada maknanya dunia bg saya..Susah nak bergantung harap padanya..


Buktinya?? PALESTIN. cukup satu perkataan dan anda sendiri boleh faham ribuan erti drpdnya. Kita nampak penindasan, nampak kezaliman, nampak kekufuran dan nampak DUNIA berpangku tangan! Hanya menyaksikan dan memuntahkan kekesalan. Tanpa bantuan..tanpa tindakan..

Kita mmg emosi bila menyentuh isu Palestin..Siapa rasa umat Islam bersaudara, dia akan rasa kebersamaan t/jawab membela tanah mereka..qiblat pertama kita.. amat terkutuk bagi seorang muslim sekadar simpati atas dasar kemanusiaan, kerana orang kafir juga boleh merasainya klu setakat itu..mereka juga perjuangkan keadilan atas nama kemanusiaan..jadi anda meletakkan perasaan anda di mana? adakah selaku orang muslim?

Sungguh Israel sangat tahu betapa bencinya manusia berhati perut kepada mereka lebih2 lagi umat Islam..dengan sepenuh jiwa kita m'hamburkan kekesalan, kutukan, kejian, kecaman dan seumpamanya utk membantah tindakan mereka..Tapi ada mereka kisah? Ada mereka terkesan?


KEBONGKAKAN MEREKA TIDAK BOLEH DILAWAN DENGAN KATA-KATA SAHAJA!


Israel tidak boleh digempur hanya dengan kecaman..Mereka mesti digempur dgn TINDAKAN!
Kita tiada kekuatan, jadi bagaimana cara utk kita membantu rakyat Palestin? Nak harapkan dunia beri keadilan? Tak usah! keadilan yg benar hanya ada di mahkamah akhirat saja!

Ingin tahu bagaimana cara utk membantu?lanjutkan pembacaan anda di
http://astrangemuslim.blogspot.com/2010/06/bab-034-palestin.html..

Anda tahu agama yg paling ramai penganut di dunia adalah Islam? Tapi knp majoriti ditewaskan oleh minoriti? Padahal logiknya kitalah yg ptt berkuasa..(teringat pula perang badar)..
Jawapannya kerana apa yg dikatakan oleh Rasulullah telah terjadi!

Mereka melihat kita tak ubah seperti buih2 di lautan..sekejap timbul sekejap hilang, silih berganti..Adanya jutaan buih tapi tiada nilainya..Dalam bbrp saat cuma, ia akan pecah dgn sndirinya..apatah lagi bila disentuh..tanpa perlu digempur..


Maka kerana itu tdk sdikit pun mereka gentar utk mengganyang kita..boleh berbuat sesuka hati mereka..kerana mereka tahu kita sudah lalai..sogokan mereka berjaya..hiburan,sukan,pergaulan bebas,rokok,arak,dadah malah teknologi semakin sebati dalam diri umat Islam..semakin melekakan dan melupakan kita pada perjuangan asal..

seolahnya tiada nilai darah syuhada bbrp zaman utk memastikan Islam sampai ke generasi kemudian..padahal kitalah mata2 yg menyambung rantai perjuangan mereka..


Tugas kita, perbaiki diri, tingkatkan ketaqwaan, bina generasi berkualiti, satukan ummah padukan kekuatan..

Kalau diteliti sejarah, seringkali yg membebaskan sesebuah kota itu bukan rakyat di dalamnya..tapi orang luar! Solahuddin al-Ayyubi yang berasal dari Iraq membebaskan Jerusalem (Palestin), Tariq bin Ziyad dari Afrika menawan Andalusia dan bbrp lagi..


Tidak mahukah kita menjadi seperti mereka? Berhentilah sekadar m'harap dari kejauhan supaya rakyat Palestin bersabar, m'harap bangkitnya seorang wira dalam klgn mereka utk membela nasib mereka sndiri..Tapi kita, kita harus berusaha utk membebaskannya juga..

Terimbau betapa bersemangatnya jiwa2 yg menyertai demonstrasi di depan kedutaan Amerika melaungkan kata2 sokongan pada Palestin, luahan kemeluatan pada zionis dan sekutu2nya..
Usah difikirkan tentang semangatnya kita..pasti sepenuh jiwa..tapi ayuh fikirkan ke mana semangat itu akan membawa kita? berubah menjadi lebih baik atau masih di takuk lama...?

Betapa saya cemburu dgn sukarelawan LL4G..entah bila boleh dapat peluang serupa itu.. Jadikanlah diri anda seorang yg Allah pilih utk berjuang dan syahid di jalanNya kerana itu pengakhiran hidup yg paling mulia..


KESOMBONGAN MEREKA MESTI DITENTANG DENGAN TINDAKAN KITA!
Nasrumminallahi wa fathun qoriib..

Adakah kita sebahagian drpd merekadunia yg butakan mata pekakkan telinga??

Tepuk jiwa tanya iman!

Monday, May 31

TERLANTIK TANPA TAULIAH

Uhh… bagaimana mahu mula ye? erm…

Terjadilah satu perbualan antara 2 sahabat yang menjurus pada sebuah persoalan..persoalan yang benar2 mengetuk akal agar mencari jawapan terbaik yang boleh diterima oleh iman..

Akhirnya….kata putus!

--> Tindakan itu tidak perlu diambil kerana boleh mencemarkan imej para duat dan boleh mengelirukan terutamanya bagi yang kurang ilmu mengenainya..kalau imej seorang daie sudah tercemar, siapa lagi mahu mendengar katanya?

--> Mesti dielakkan kerana dikhuatiri sedikit khilaf seorang daie pada permulaan atau di celah2 usaha dakwahnya mungkin menyebabkan hati mad’u terhijab daripada hidayah..

--> Sebagai seorang daie, tindak tanduk diri sentiasa diperhatikan dan sering pula dijadikan qudwah..sedikit tersalah langkah, boleh jadi fitnah pada dirinya, fitnah pada dakwah, dan lebih bahaya, fitnah bagi agamanya..Kebaikan yang dicontohi org boleh menyebabkan kita dapat pahala yg berterusan. Maka demikian pula boleh terjadi kekhilafan yang berjangkit pada orang ramai.. Bagaimana jika khilaf itu dicontohi drpd seorang daie? Buruk padahnya..

Lalu timbullah kesimpulan sendiri daripada saya..

Kita adalah duta..duta Malaysia, duta Islam, duta sekolah, duta ibu ayah, pendek kata, segala yg berkenaan dgn kita, kitalah dutanya..walaupun tanpa watikah..

Jadi apa masalahnya?

Apa kata anda jika sebuah syarikat melantik jurucakap bagi pihaknya tetapi yg dilantik itu tdk menunaikan t/jawab dgn baik,tak mempromosikan kebaikan produk syarikat dan tak menunjukkan imej yg sewajarnya selaku wakil sebuah syarikat? “Ok,awak boleh balik dan kami akan cari org lain.” noktah. begitu kan? pastilah bermasalah..kita duta tapi kita tak menampilkan imej yg baik terhadap apa yg kita wakili..

Penekanannya ialah KITA DUTA ISLAM TAPI KITA TAK MEMBAWA SYARIAT ISLAM.. samada sebahagiannya ataupun keseluruhannya..baik dari aspek berpakaian, peribadi, cara berfikir, pembawaan diri, muamalat sesama manusia dan…semuanyalah. islam tu cara hidup,meliputi semua aspek kehidupan..tapi knp kita ikut Islam dalam hal tertentu SAHAJA tapi dalam hal lain tunduk pd nafsu?

Mahu atau tidak,kita SUDAH jadi duta..jadi,mahu atau tidak,kita harus bawa imej Islam..

Orang menilai Islam berdasarkan Muslim..kalau orang salah mentafsir Islam, mungkin sekali itu salah kita! mahukah kita menjadi penyebab tertutupnya pintu hati manusia drpd menerima hidayah? semata2 kerana buruk akhlaq dan penampilan kita? pernahkah kita terfikir,bila orang tgk apa kita buat,dia akan fikir, “oooh,ni yg Islam ajar pd penganutnya..” kalau baik teladan kita, Alhamdulillah..klu buruk??? di manakah qudwah selaku seorang yg bertuhankan Allah, mengaku Nabi Muhammad sebagai pembawa risalah? bagaimana mahu melangsungkan tugas nabi di zaman serba mencabar ini klu awal2 lagi sudah tersilap langkah?

Bagaimana seharusnya seorang duta? Anda tahu jawapannya…..

Selaku seorang pembawa risalah,adalah amat mustahak kita menjadi qudwah kpd org lain.. bisa aja orang bilang tindakan yg salah itu sbg betul kerana melihat pendokong risalah sendiri ‘membenarkan’ dgn tindakannya..sapa mau tanggung dosanya?

Duta kecil atau duta besar, pokoknya kita tetaplah duta. meskipun terlantik tanpa tauliah!

p/s: lupa nak maklumkan..ini isu IKHTILAT SIBER! wAllahua’lam..

Thursday, May 13

YANG MANA SATU??





POLITIKKAN JEMAAH VS JEMAAHKAN POLITIK..

Yang mana satu? Tolong fikir-fikirkan..saya mahu tahu!




NAFAS TERAKHIR UMMI

"Anak-anak yang ummi kasihi,ingatlah bahawa kematian itu pasti. Malah lebih hampir dengan kita daripada urat nadi sendiri. Bersedialah dan jangan pernah kalian yakin bahawa kalian ada hari esok untuk dilalui.."

Begitulah mukaddimah bicaranya pagi itu. Kata-katanya disambung lagi. Dengan renungan jauh sarat makna.

"Ummi tak tahu kalau setiap orang pasti diberi peluang untuk merasainya ataupun tidak. Tapi ummi pernah rasa beberapa kali. Rasakan bahawa kematian itu menghampiri. Paling terasa masa ummi baru habis SPM"

Ummi mula buka ceritanya. Cerita yang tiada siapa dalam dunia tahu, kata ummi.

Hari Ahad...

"Masa tu ummi betul-betul takut. Ummi duduk sorang kat rumah dengan adik bongsu yang pada masa tu baru 4 tahun. Adik-adik ummi kat kampung. Ayah kerja dan ibu pulak ada urusan kat KL. Sangat-sangat terasa sampai mengalir air mata sepanjang hari..."

"Sebenarnya ummi,ibu ayah dan adik kecil baru pulang dari menziarahi jenazah arwah makcik di Pantai Timur. Mungkin terkenangkan arwah sampaikan kematian itu sendiri menghantui ummi. Entah kenapa. Tapi ummi rasa hidup ummi hari tu takkan sampai ke malam, bahkan tidak juga petang."

"Dengan keyakinan yang sungguh-sungguh,ummi menagis semahu-mahunya. Bukan tak mahu mati...tapi...ya,itulah sebenarnya. Tak mahu mati kerana tak tahu bagaimana kehidupan ummi kat sana nanti. Yelah,orang yang diambil nyawanya dah tertutup peluang utk bertaubat.."

Ummi terdiam sebentar..mengingat kembali detik itu barangkali..

"Masa tu badan ummi sejuk. Seram sejuk! Hilang kata-kata. Bercelaru fikiran. Sangat2 khuatir akan kehidupan di alam seterusnya. Sampaikan ummi tengok tapak kaki pun dah rata. Bertambahlah keyakinan ummi yang masa ummi dah tak lama. Ummi ingat ustzh pernah kata masa tingkatan 1 dulu,antara tanda kematian pada seseorang ialah apabila tapak kakinya rata (ada bhgn tertentu). Berjujuran air mata. Sampaikan adik rasa pelik dan risau. Dah la ummi tak mahu bercakap dengan dia. Tak layan pun dia. Diam membatu."

"Tiba2 ummi terfikir macam mana keadaannya kalau ummi 'pergi' meninggalkan adik keseorangan,tiada siapa di sisinya. sebab kami hanya berdua di rumah. Macam mana dia nak hadapi? Dia terlalu kecil untuk memahami.."

"Ummi tenggelam dalam kekusutan. Akhirnya ummi putuskan utk cari ketenangan. Tenang dgn kalam suci Rabbi. Lagipun itulah bekal kat 'sana' nanti. Larut dalam kekhusyukan tilawah.."

~AJAIB~

Biasanya ummi baca 4 m/s da sakit tekak. Da x larat nak baca. Ummi ada sakit tekak. Tapi masa tu ummi baca smpi stgh juzuk. Lancar! takde masalah. Seolah2 dapat kekuatan luar biasa.."

Dah hbs tilawah,rupa2nya ketenangan hanya sementara. Risau semula. Tak tau dah nak buat apa. Betul2 gelisah. Ahirnya ummi hadapkan wajah ke arah masjid, (satu2nya tempat jenezah diuruskan di kwsn ummi). Dengan linangan air mata,hati ummi berkata,
"Ya Allah, tiada apa lagi yang aku harapkan drpd dunia ini. Aku tak kisah utk meninggalkan semua yg aku miliki. Aku tak terkilan kalau tak dpt lg m'hayati keindahan panorama di dunia ini. Ya Allah, kalau Engkau mahu mengambilku kembali, ambillah bila2 masa saja. Bila2 masa pun aku siap utk tinggalkan dunia. Tapi ya Allah, aku mohon dengan rahmat kasihMu, ambillah aku setelah Engkau benar2 redha akan diriku sbg hambaMu..."

ameen..

"Iyelah anak2. Keselamatan kita di 'sana' tidak ditentukan oleh banyaknya amal kita,tp bersandarkan keredhaan Allah pada kita. Ummi benar2 pasrah. Resah tak mampu ditolak tepi lagi. Ummi benar2 berserah dan meletakkan sepenuh pergantungan pada Rabbul Jalil. Ummi harap rahmatNya sentiasa mengiringi ummi masuk ke alam baru nanti.."

"Ummi tak makan apa2. Minum sikit je. Mudah orang nak urus jenazah kalau perut kosong. Benar2 persiapkan diri. Sampai satu detik, ummi rasa nak baring je menghadap qiblat, tunggu sampai malaikat datang laksanakan tugasnya. Ummi taknak buat apa2 dah. Siap2 berwudhu'.."

"Ummi mahu mati dalam keadaan tenang. Kalau boleh, masa berpuasa, menghadap qiblat, berwudhu' dan dalam sujud. Impian ummi. Masa tu takde apa2 pun yg boleh m'hilangkan keyakinan ummi bahawa ummi sudah tiada esok lagi..."

"Akhirnya menjelang petang, ummi terlena dalam keresahan w/pun sebelumnya mengelak daripada tidur sbb mahu "pergi" dalam keadaan sedar. Bertemankan sang adik yg setia memerhati keanehan ummi sejak pagi.."

Kosong. Gelap. Sepi.

"Terkejut. Bangun dalam keadaan bingung. Aku kat mana ni? Tengok sekeliling. Tiada apa yg berubah kecuali adik sudah terlena juga. Mungkin bosan keseorangan,tiada siapa yang meneman. Termenung semula. Muhasabah sebenarnya. Sangat bersyukur sbb Allah beri peluang utk bangun semula. Peluang utk yg ke brp ribu kali, tak pasti.. tak lama lps tu,ibu ayah pulang. Lekas kelegaan menyelimuti diri. Tak hilang lagi rasa berada di penghujung nyawa, Tapi setidak-tidaknya tidak 'pergi' dalam keseorangan,saat tiada orang di sisi.."

"Rasa sayang melimpah ruah pada mereka. Secara spontannya. Pandang wajah yg dah berusia itu, segenap rasa kasih menjalar dalam diri. Tp tetap tak mengurangkan keyakinan bahawa itu hari terakhir ummi melihat dunia.."

"Sentiasa waspada hingga ke malam, ke saat nak tidur, tertanya2 sendiri.."bila masanya? hari dah sampai ke penghujungnya.." Tidur pun dalam keadaan bersedia. bukan bersedia dgn bekalan yg tak banyak mana semata2, tapi bersedia scr mental, itu yg lbh utama.."

"Tak mahu bersangka pada Allah. Hanya mengharapkan kasih sayangNya di alam sana meskipun sedar diri ini terlalu bnyk dosa. Sering mengingkari janji yg termeterai saat mula2 dihantar ke dunia.."

"Bangun pagi esoknya, itulah kali pertama ummi benar2 bersyukur dan terasa nikmatnya bernafashidup di pagi hari. Sblm ni bce doa bgn tidur hanya sekadar rutin. Tapi kali ni betul2 dgn kehadiran hati, sepenuh jiwa, penghayatan mendalam.."

"Dan alhamdulillah,Ummi msh d beri peluang hidup sehingga hari ini stlh beberapa waktu peristiwa itu berlalu.Dan ini menjadikan ummi sentiasa bersedia hingga ke hari ini w/pun sbg manusia biasa seringkali lupa.."

"Kita perlu berusaha selagi hidup utk jadi hamba yg terbaik. Salahlah tanggapan ummi saat itu yg bersasakan perlu berbaring shj menunggu malaikat mencabut nyawa..Satu petua ummi utk anak2, kalau berada dalam dilema utk buat salah satu antara dua perkara, buatlah yg mana anak2 rasa boleh selamatkan anak2 di akhirat nanti..Ingat ye,setiap anggota kita adalah saksi.."

"Jangan pernah fikir,kalau masuk neraka pun,orang Islam akan tetap masuk syurga akhirnya. Lps habis azab,legalah msk syurga asalkan Islam. Ya, betul. Tp jangan bohongi ummi, xde makhluk pun yg bole tahan dgn azab allah walau sedetik. Apatah lagi sehari kat sana bersamaan seribu tahun di dunia. Cuba anak2 bayangkan, selama kita hidup di dunia hingga hari ini, cumalah beberapa minit dlm sehari di akhirat. Jangan bohong! takde sape yg akan mampu tahan. Jangan kata setahun,bahkan seminit di sana adalah terlalu lama utk kita hadapi. 1 minit di syurga takkan jemu, 1 minit di neraka,azab tak terkata.."

"Sempat ummi berdoa dalam situasi tadi," Ya Allah,berilah aku peluang utk melahirkan setidak2nya seorang zuriat yg soleh sbg penyambung tanggungjawab aku di dunia sblm aku melangkah ke sana.."

"Doa yg betul2 tulus..sbb ummi tak lupa , cuma 3 benda yang tak putus pahalanya; sedekah jariah, ilmu yg dimanfaatkan dan doa anak yg soleh.."

"Anak2 sekalian,berusahalah menjadi anak2 yg soleh, yg menyejukkan hati ibu bapa msg2 kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa..Apatah lagi ibu bertaruh nyawa melahirkan kita, sampai hatikah kita tidak mahu jd anak soleh yang m'doakan keselamatannya di 'sana'?"

MasyaAllah..Usai perkongsian.
Saya jadi sebak mendengarnya.

Ya Allah,redhailah ibu bapaku..Ya Allah, redhailah aku, guru2ku,keluargaku dan sahabat2ku..
Ya allah, permudahkanlah urusan kami di dunia dan akhirat dan terimalah kami kembali menghadapMu sebagai hamba2 yang berserah diri...

Buatlah sesuatu ikut pertimbangan iman. Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa. Mudah2an Allah selamatkan kita d dunia dan d akhirat. KEREDHAAN ALLAH SEBAGAI MATLAMAT HIDUP. Jangan pernah fikir dah terlambat utk kita bertaubat. Dan jangan pernah fikir seseorang yg banyak buat dosa tmptnya pasti di neraka. Pintu taubat masih dibuka sehingga nyawa sampai ke halkum kita..

Ada orang yg hidupnya serupa hidup ahli neraka, tetapi sempat bertaubat sblm matinya hingga dia akhirnya menjadi ahli syurga. Dan ada pula orang yg hidupnya serupa hidup ahli syurga tetapi tersungkur di akhir hayatnya hingga jadilah dia ahli neraka..Naudzubillah.

Moga dapat sedikit ibarah drpdnya..sebarkan semampunya jika anda rasa kisah ini boleh jadi pedoman untuk ramai orang..

Sekian dari insan yg serba kekurangan..Baarakallahu lakum.