Blogger Layouts

Wednesday, December 28

Hakikatnya Tiada

Bismillah, wal hamdulillah.

Selalu je kan, bila berlaku apa-apa persamaan, atau ke'terserempak'an, atau apa juga perkara yang tidak dirancang, orang akan kata, "kebetulan je.."

"Kebetulan terpakai baju ikut warna tema.."
"Kebetulan terjumpa dia kat Jusco.."
"Kebetulan saya bawa payung.."
"Kebetulan..."

Kebetulan yang bermacam-macam lagi.

Hakikatnya kebetulan tiada dalam konsep islam. Tiada. Semua yang disangka 'kebetulan' itu sebenarnya aturan tuhan. Sebenarnya ia rahsia Dia yang mengatur perjalanan kehidupan.

Jadi, ajarlah diri untuk tidak berkata 'kebetulan' dan terimalah semuanya sebagai taqdir Allah. Meskipun yang terjadi itu bernada ujian, mahupun yang mengundang kegembiraan..

*Mungkin selepas ini pakar-pakar bahasa boleh lenyapkan perkataan 'kebetulan' dalam Bahasa Kebangsaan. Dikhuatiri mencemarkan aqidah ummah, dan yang tak kurang penting;

...dalam realiti memang tidak pernah ada kebetulan...

Hati-hati berbahasa.

1 comments:

Pemimpi Tegar said...

Salam ziarah dari Pemimpi Tegar. Datang sini sebar bahagia.

'' Setiap hari adalah peluang. Peluang untuk meraih redha dan cinta Pencipta '' JOM ! ('',)