Blogger Layouts

Wednesday, June 23

Bila kehilangan....

Dengan berat hati menuruti...akhirnya pulang ke kampung walaupun awalnya tidak mahu kerana ditakuti sesuatu yang cuba dielakkan terjadi, setelah diyakinkan bahawa perancangan tidak mengizinkan ianya berlaku..namun, Allah Maha Tahu..

Tanpa saya sedari,ia makin menghampiri..dan....akhirnya benar-benar terjadi..kecewa di hati tak terungkap lagi melainkan airmata yang turun mewakili segalanya..

*************************

Di kampung..

Sedang khusyu' mengunyah santapan tengahari, Mak Lang bersuara.

"Kak Lang kena acu pistol betul-betul..." katanya sambil menunjukkan ekspresi terkejut seolah ianya sangat baru terjadi..hakikatnya saya pun tak pasti bila ia berlaku..

Saya lihat tiada yang memberi respon..tidak juga saya..masing-masing enak meneruskan kunyahan..tidak kisah..seolah-olah cuma omongan kosong yang dilontarkan..saya benar-benar menganggapnya gurauan lalu tak diberi perhatian..

Sambil menyuap cucunya, cerita disambung..

"Masa tu Kak Lang ada kat rumah Yani, dengan Yat. Berdua je. Yani pergi.......Haifa.......Abang lang........." Jujurnya saya tak dapat menangkap kerana langsung tiada penumpuan melainkan makan..

Lalu di telinga saya..

"Yani col,tanya ada apa-apa ke kat rumah. Kak Lang kata biasa-biasa je. Nothing happen." Abang Faedzal col juga tapi diyakinkan semuanya baik-baik saja. "Kak Lang baru habis 'gardening'. Masuk dalam rumah. Tapi tiba-tiba dengar orang kecoh-kecoh kat luar......." dengan segala kayu dan senjata bagai, bersedia untuk 'menyerang' rumah..dengan pak 'guard' juga..

Barulah saya mula fokus pada bicaranya..Yang lain juga begitu nampaknya..

Cemas dan kecoh seketika..Tergesa-gesa mereka berdua keluar. Pak 'guard' lalu menjelaskan bahawa pihaknya menerima laporan rumah hujung itu dipecah masuk. Kerana ada jiran Kak Yani nampak pintu rumah dalam keadaan terbuka sedangkan tuan rumah tiada. Dan ada pula kereta 'besar' diparkir di belakang rumah seperti ingin memunggah..

Jadi bersungguh-sungguhlah Mak Lang meyakinkan Pak 'guard', dia ibu tuan rumah. Datang berziarah. Tiada kes pecah rumah.

Tidak lama selepas itu, pak 'guard' dan warga taman yang prihatin beredar. Beberapa minit kemudian, gempar lagi. Pihak polis mengepung rumah. Lengkap bersenjata! Berderau darah.

Terburu-buru Mak Lang keluar dengan penuh tanda tanya, kepelikan yang tidak boleh diterima. Pistol siap teracu menghala pintu rumah. Tiadalah yang Mak Lang mampu buat dalam kekalutan itu lalu mengangkat tangan tanda menyerah diri. Gelabah menjelaskan kedudukan hal yang sebenar.

Polis kemudian meminta IC dan selepas berakhir semua prosedur, Mak Lang meluahkan rasa tidak puas hati..minta Abang Faedzal 'clear'kan dengan polis dan mahu jiran-jiran meminta maaf atas tindakan melulu mereka.

Tidak sedikit yang memuji keprihatinan jiran mereka dan kepantasan pihak berkuasa bertindak atas laporan. Tapi Mak Lang tetap kesal. Katanya, trauma dia orang tak tahu..




**********************



Lihat positifnya. Betapa rasa syukur punyai jiran yang mengambil berat. Hidup sebagai satu komuniti yang 'hidup'. Jujurnya saya tak sangka hal itu boleh terjadi kerana pada hemat saya, Kak Yani dan Abang Faedzal mewakili kesibukan orang berkerjaya. Keluar awal pagi, pulang menjelang malam. Tempat kerja pun bukan dekat, ada di rumah pun bukan selalu. Yelah, anak-anak mereka tinggal dengan Mak Lang. Jadi ingatkan mereka kurang bercampur dengan jiran..Yang sebetulnya tidak tahulah.

Astaghfirullah..Selemah-lemah ukhuwwah adalah bersangka baik.

Kisah yang sangat meruntun hati sebenarnya. Bukan kerana simpati dengan kekalutan Mak Lang menghadapi pengalaman pahit tu, ~erm,simpatilah juga..~ tapi sayu bila suasana hidup bertetangga itu sudah amat lama saya tidak rasa. Sejak pindah ke sini pada 2005.

Sungguh itu merupakan kehilangan yang amat besar dalam hidup saya..jasad berpindah tetapi hati masih di sana..Jiran-jiran di rumah lama tiada gantinya..mereka istimewa..terlalu!

Berkali-kali saya ajukan pada bonda,apa puncanya..bagaimana caranya..rasa kosong dengan kehidupan 'sendiri-sendiri' di sini..walaupun sangat bersyukur dengan panorama yang lebih indah berbanding rumah lama.

Jawabnya, "Kat sana tu ramai orang dah berumur,
housewife, sebab tu la..." Aaah! berapa lama lagi harus ditunggu saat itu..Memang tak saya nafikan..di sini ramai muda-muda, sibuk kerja..masing-masing dengan hal sendiri..

Tapi apa wajar itu dijadikan alasan?

Sekadar satu contoh~

Di rumah lama, tatkala renyai mula menjejak bumi, pasti berlari si jiran
saya untuk mengangkat kain. bukan kain di rumah sendiri,tapi di rumah jiran yang bekerja, yang tiada di rumah untuk menyelamatkan kainnya daripada di basahi. jika dia ada di rumah, paling tidak, akan berteriak memanggilnya supaya mengangkat kain.

Di sini, biar hujan selebat mana pun menyimbah bumi, kalau di situ kedudukan asal penyidai baju yang diletakkan oleh tuanrumah, maka akan tetap disitulah kedudukannya sehingga si tuan mengalihkannya. SENDIRI. Baik saya mahupun mereka.
(mungkin bukan semua.tak tahu.) Kadang-kadang terasa zalim juga, tapi apakan daya, sudah hilang jiwa..


Semakin terasa, dan semakin memilukan, bila menjelang ramadhan..Rasa ramadhan kurang sempurna dengan keadaan ini. tidak seperti dulu..Sungguh saya merindui Ramadhan di kawasan kejiranan lama..Solat tarawehnya..dan kesibukan tugas semasa morehnya~

Di sini, maaf andai terlalu berterus terang, tarawihnya kurang menyengat..hilang jiwa dalam mengharungi bulan puasa.

Bukan cuma saya yang merasa. Keluarga saya juga. Malah jiran-jiran juga. Kerana itulah masing-masing lari ke masjid dan surau lain..Surau itu kesepian.

Apatah lagi di hari-hari biasa yang dijalani. Tiada jemaah maghrib dan isya'..Jauh sekali subuh, zohor dan asar. Tiada yang mampu istiqamah. bukan tiada usaha daripada sesiapa namun kenyataan pahitnya, tiada sambutan. Entah berapa bulan 'si ayah' menyeru dengan azan, namun akhirnya solatlah dia sendirian di surau itu..dialah muazzin, dialah imam, dia lah seorang yang menjaga kebajikan surau..makmumnya cuma para malaikat. hatta anak-anaknya pun memilih ke surau lain..kerana surau yang dekat ini, yang dibina dengan susah payah, telah HILANG JIWANYA BERSAMA KEHILANGAN JEMAAHNYA..

Akhirnya, 'si ayah' juga hilang semangatnya menghidupkan surau itu dan lebih senang solat di rumah. Walaupun ada (sekali setahun agaknya) orang lain pernah datang melaungkan azan, dia tetap tidak pergi..Tawar hati..Kecewa benar dia nampaknya..

Phew~

Berat rasanya menanggung kepiluan ini sekian lama..
Sudah tak terluah lagi yang terbuku di jiwa..

Ya Allah, kurniakanlah semangat itu dalam ramadhan tahun ini dan kekalkannya sampai bila-bila..Tidak inginku menghadapi ramadhan yang pincang sekali lagi dengan situasi begini.. Gerakkan hati-hati kami..

Jauh di sudut hati, ketika bonda mengajukan jawapannya tadi, azam tersemat di hati..Saya tidak akan izinkan itu berlaku lagi..tidak! pada saat saya ada rumah sendiri, keluarga sendiri dan tetangga sendiri..Saya akan berbuat sesuatu..Tak boleh ia berulang lagi!


Wahai diri, apa perlu menanti hingga saat itu?

Wahai daie, itu tanda kau perlu bekerja keras lagi!





Bila hilangnya jiwa~





0 comments: