Blogger Layouts

Friday, July 16

~Alhamdulillah~

Huwaa!! ngantuk pula awal petang ni..rasa nak lena tapi nak curi juga masa..kesempatan yang ada tidak bole dibiar sia-sia..esok ada misi dan perjalanannya akan bermula sebentar lagi..

<.....malasnye nak berkemas.....>

Duduk dengan nenek kat rumah seringkali mendatangkan sesuatu..Meskipun saya kurang akrab dengannya, saya masih cuba bermesra..

Kamu tahu? kalau saya layan dia bicara, dia rajin menurunkan ilmu rumahtangga.. <.....erk?.....>
Hehe..kadangkala terasa lucunya, tapi saya sedar saya semakin dewasa..maka perkongsiannya serupa itu..

Apa yang dikongsi bersama, bukanlah saya tak tahu, tapi saya tetap luangkan masa mendengar.. Dia berbicara dari sudut pengalamannya hingga saya merasakan ada nilai tambah dalam ilmu sedia ada..dan huraiannya menepati keadaan semasa..

~Jangan tengok siapa yang berbicara, tapi dengarlah apa yang dibicarakannya~

Dia sendiri menimang cahaya mata pertama pada usia belasan tahun dan mempunyai 10 orang anak kandung kesemuanya..

Dia kata:

1> Perlu tahu peranan dan tanggungjawab
Kewajipan mesti dilaksanakan biar betapa payah pun ia..lebih-lebih lagi seorang isteri..wajib menyenangkan hati suaminya, mengurus rumahtangga sebaiknya dan berusaha menyiapkan keperluan seisi keluarga..

2> Pendidikan agama sangat perlu dititikberatkan
Yang ini, anda faham sendirilah. Tapi fokus ulasannya tadi adalah suami bertanggungjawab atas isteri dan anak-anaknya..kewajipan mendidik dan menegur itu bakal dipersoalkan kembali di akhirat nanti..apakah peranan sebagai imam keluarga sudah dipenuhi?

3> Jangan sampai yang di bawah tak menghormati
Menuruti kemahuan bukan sehingga menjadikan dia lupa akan kesusahan..memanjakan jangan sampai dia tak tahu menghormati orang..mengapa ada suami yang takut menegur khilaf isteri lantas apa saja yang si isteri mahu direlakan saja sedangkan dia tahu Allah tak redha? Mengapa pula ada ibubapa yang tidak menegur tindakan anaknya yang jauh sepadan dari syariat sedangkan tugas mendidik itu terpikul di bahunya? laksana singa takutkan kucing padahal singa yang sebenarnya mempunyai taring..sudah akhir zaman..ibu melahirkan tuan..sewenang-wenangnya dipijak kepala..

4> Ibu bapa sebagai qudwah
Pastikan apa yang kita lakukan hanya yang baik-baik supaya menjadi contoh kepada mereka..terutamanya kepada kanak-kanak kerana mereka menelan bulat-bulat apa yang didengar dan dilihat..jangan kesilapan kita kelak menjadi hujah untuk mereka melakukan perkara yang sama..
Percayakah anda sikap ibu bapa banyak mempengaruhi anak-anak mereka? Saya melihat kesannya selama memegang tugas mendidik anak-anak pra-sekolah..tidak dapat saya huraikan panjang di sini kerana kesuntukan masa..Kesimpulannya, mahu anak-anak yang soleh, perlu cari pasangan yang soleh..mahu pasangan yang soleh, perlu jadikan diri sendiri itu soleh..

5> Mendidik anak harus setiap ketika
"Anak-anak itu lahir dalam keadaan fitrah. Ibu bapanya lah yang mencorakkannya sama ada menjadi yahudi, nasrani atau Islam.." Allah pinjamkan kain putih untuk dicorakkan maka amanah itu bukan untuk kita sia-siakan..bakal dituntut kembali lalu corak yang bagaimana ingin kita persembahkan? Jangan biarkan kotoran mencuri walau sedikitpun ruang kerana kita harus memenuhkannya dengan kebaikan..setiap masa..Mendidik dengan berhikmah agar mereka boleh menerima segala penjelasan dan 'peraturan' tanpa rasa pemberontakan dalaman..

6> Jaga hubungan dengan Allah, nescaya Allah menjaga keluarga kita
Jangan cuai menunaikan kewajipan pada Allah terutamanya solat kerana jika ada ahli keluarga mengabaikan solat, ketenangan dan keharmonian dalam keluarga akan dicabut..Tidak lengkap rasa bahagia meskipun dengan limpahan harta, kesihatan sempurna dan kejayaan yang diraih.. sebaliknya Allah akan membinasakannya di dunia dan mengazab pula di akhirat..Jika keluarga dijaga sesuai dengan perintah Allah, terpisah di dunia, bertaut kembali di syuga!

Cuma itu yang tertulis di sini..Yang lain-lain biarlah saya simpan saja..untuk peringatan buat diri sendiri.. Wallahua'lam..ada cerita menarik ingin dikongsi..namun mata tak memberi restu untuk saya singgah lebih lama di sini..

Oh! Hadirlah mimpi~

Moga Allah meredhai..


0 comments: