Blogger Layouts

Monday, July 12

Back To The Basic

Bila semangat nak menulis, mesti tak boleh sign in..
Bila dah tak semangat, tiba-tiba boleh pulak..
Aduhh!

Ahh! Abaikan..Sunnah orang berjuang. Pasti ada halangan.

Saya ingin mengajak anda semua bersama saya merenung sejenak..bukan renungan kosong, tapi renungan mengenal hakikat penciptaan..

Dari mana kita datang? Untuk apa kita hidup? Ke mana kita akan kembali?

3 soalan yang sangat asas..yang sepatutnya semua orang boleh jawab.spontan.ini perkara yang 'badahi' (perkara asas yang tak memerlukan usaha yang sungguh2 untuk tahu). tapi kenapa masih ada yang termenung saat soalan ini diajukan? Tak tahu tujuan hidupkah? Ohh! sia-sianya..

Kalau kita datang dari Allah..maka kita akan kembali semula kepada Allah..jadi untuk apa hidup jika bukan kerana Allah?

Ya. kita hidup untuk mendapat keredhaan Allah..Allah redha jaminannya syurga..nak redha Allah, kenalah buat yang disuruh, tinggal yang dilarang..tapi kalau buat sebaliknya, pastilah Allah murka. bayangkan, macam mana jika seseorang itu menempuh jalan ke Perlis dengan harapan di penghujung jalan akan tiba di Johor? murka dan redha Allah adalah dua perkara yang tak mungkin jadi satu! jadi kenapa kita campur adukkan dalam kehidupan? astaghfirullah..

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu" (51:56)

Setuju atau tidak,hakikat itu tak dapat diubah..
Mahu buat atau tidak, itu terserah..

Hidup untuk ibadah itu tidaklah bermakna tak henti-henti solat, hari-hari puasa, dan lain-lain ibadah khusus..Makan, mandi, malah tidur pun boleh jadi ibadah. Bahkan membeli-belah! Tapi bersyarat. Jaga niat dan jaga syariat. Asal 2 perkara ini dipelihara, segala-galanya boleh jadi ibadah..

hidup untuk ibadah bukan sebatas ibadah khusus. yakni ibadah yang memang disyariatkan, yang orang memandangnya sebagai ibadah seperti puasa, solat, sedekah, dzikir, haji dsb.
Tapi juga meliputi ibadah umum termasuklah rutin harian kita, apa jua perkara baik yang kita lakukan, yang selari dengan syariat.

Barangsiapa yang menjadikan kehidupan dunia sebagai peluang untuknya bersukaria, maka akhirat bakal jadi beban buatnya..Tapi siapa yang menjadikan hidupnya di dunia
sebagai tempatnya bekerja, maka akhirat adalah kerehatan abadi untuknya..

Tidakkah anda merasakan satu kekosongan bila buat apa yang Allah larang? Adakah
hati sungguh-sungguh bahagia tatkala bangga mempamer dosa? <..pinjam ayat ye aisya..>
Ketahuilah bahagia itu sementara. Bertaubatlah. Jangan bertangguh. Belum tentu kita ada esok hari untuk mohon keampunan Ilahi.

Jalan pulang terlalu luas.

Mungkin ramai yang tak sedar. tapi datangnya kita di dunia ini dengan perjajian. Perjanjian pertama seawal alam roh..

Lahirke dunia kita menggenggam tangan..kerana apa ?Kerana berjanji menggenggamamanah utk mengabdikan diri kpd ALLAH..namun terbuka jua tangan kitakerana godaan dunia yang pertama.."Ya ALLAH,diriku ini hamba yglalai..pimpinlah diriku kejalan yang benar.. supaya aku dapat menggenggamkembali amanah yg dulu pernah KAU beri... padaku'..

<....tersentuh dengan bait-bait diatas...jazakillah sakinah...>

"Dan tiada kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itu yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (29:64)

"Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (Al-Hadid:20)

"dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahannam banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya. Mereka seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat; mereka itulah orang yang lalai" (Al-A'raf:179)


Cukup-cukuplah berseronok dengan kelekaan. Tiadalah ia menambah bahagia melainkan bertambah jauh daripada Allah pula..

Tak tahu, pura-pura tak tahu atau memang tak mahu tahu?


Celikkan mata. Mata hati kamu.


Cukuplah MATI sebagai peringatan.

Semoga Allah meredhai kita. Sebagai hamba.

Baarakallahulakum.

0 comments: