Blogger Layouts

Saturday, July 17

Indahnya Cinta

Penat..sakit-sakit badan..lenguh kaki..kepala berat..cukup pakej untuk menghantar saya ke katil..
Namun rasa teruja menidakkannya..lagi pula, ada janji untuk bertemu di alam maya~

Baru pulang daripada cheras perdana, tepatnya Sek. Men. Keb. Cheras Perdana..pertama kali menjejakkan kaki membawa bersama taklifan yang bukan ringan..beserta sebuah misi yang serius, saya gagahkan hati walaupun debaran yang memalu dada hampir saja membuatkan saya menarik diri..MUB.

Tiba awal pada malam sabtu untuk sesi TOT dan taklimat..maklumlah..kami yang mewakafkan diri untuk menjadi fasilitator bukannya semua saling mengenali apatah lagi berpengalaman mengendalikan program ini..masa diambil untuk memahami arahan, modul dan 'break the ice' sesama fasi..Alhamdulillah Allah mempertautkan hati kami untuk kelancaran sebuah misi..

Janji nak mula 8.30 pagi sabtu..saya dan sahabat merancang untuk gerak dari rumahnya pada pukul 8 pagi..datang sedikit awal untuk persiapan mental dan menyesuaikan diri..namun Allah tidak mengizinkannya dan tibalah kami di sek berkenaan cuma kurang 5 minit dari masa program bermula..Syukurlah, gelabah kami yang terlewat dapat disembunyikan apabila Abang Bai memulakan program dengan bicara santai..

Mana tak gelabah, kami dah diberitahu malam sebelumnya bahawa slot pagi adalah bahagian terpenting yang memerlukan kerjasama para fasi..slot awal selalunya menjadi indikator kepada keseluruhan program..maka usaha harus berganda..

Pembentukan kumpulan atas pilihan peserta..namun saya lihat kumpulan saya sendiri bukan semuanya mereka pilih..6 orang tingkatan dua dan 2 lagi tingkatan satu..mereka kurang mengenali yang berbeza tingkatan..saya cuba untuk memahami..sekolah mereka sangat besar dan ramai pelajar, beza dengan sekolah saya..tingkatan 2 sahaja mereka ada 10 kelas..padanlah mereka tidak saling mengenali seperti saya mengenali warga al-amin bangi..<...yang perempuan la...>

Ta'aruf tak memuaskan hati saya kerana dilakukan dalam kebingitan dan kesuntukan waktu.. ais tak betul-betul pecah..perkenalan sekadarnya sahaja kerana slot seterusnya harus mengisi pula..Alhamdulillah saya ingat nama mereka walaupun bukan nama penuh..

Tidaklah saya rajin untuk mencoretkan detail permainannya..tapi jika tidak, maka cerita kurang sempurna..mereka diarah untuk menutup mata dan mulut (kain+selotape) dan meletakkan tangan kanan di belakang badan..lalu mereka perlu mencari ahli kumpulan yang telah diselerakkan tanpa apa-apa bantuan..ada pula fasi-fasi yang mencerai-beraikan mereka bila mereka telah berjumpa..kesimpulannya, kumpulan tidak berjaya dijejaki..

Kemudian diberi kelonggaran untuk membuka mulut dan fasi turut membantu..hasilnya? cuma sedikit masa diambil untuk mengumpulkan ahli..naah! ketika inilah saya melihat sesuatu..sungguh saya langsung tidak menjangkakannya..amat mengejutkan..saya melihat dua orang dalam satu kumpulan ni yang menangis..menangis yang sungguh-sungguh, siap menjerit kecil lagi.."aku takut..aku takut sangat..aku tak jumpa kau pun tadi.." "aku puun..." "eh, x payah la nages.." panjang lagi la..

Saya hairan amat dengan dia..Selepas itu, saya sedar, rasa cinta lah yang membuatnya begitu.. Rasa sayang yang mendalam kepada sahabat..biasalah, ada klik...Masa itulah saya terfikir.. 'MasyaAllah, indahnya cinta mereka!' Saya jadi teringat sahabat-sahabat saya yang saya rindu semuanya..dalam hati bermonolog sendiri, 'Pasti lebih indah cinta saya..cinta atas jalan yang sama..atas fikrah yang satu..hati kami berpadu..' 'oh, alangkah baiknya jika mereka faham apa yang saya rasa..'

Selebihnya, apa yang berlaku sepanjang sehari ini pasti saya semat di hati. Tidak dapat lagi menahan diri daripada tidur..rasa sangat penat..

Cuma yang saya ingin nyatakan, betapa kesempatan hanya beberapa jam mengenali mereka, Allah beri saya rasa cinta tiada tara..melimpah bagaikan tiada harga..sukar digambarkan dengan kata-kata..berat hati mereka nak melangkah pulang ke rumah petang tadi..berat lagi saya nak mengundur diri..masing-masing tak tahu entah bila lagi Allah akan temukan kami semula..
Ya Allah, berilah kesempatan itu kepada kami..

Sekalung penghargaan buat guru-guru SMK Cheras Perdana yang supporting dan peserta-peserta yang sporting..

Buat abang-abang, terima kasih atas tunjuk ajar..
Juga buat akak-akak seperanan, Kak Aisyah, Kak Sod, Kak Fatina, Kak Ima, Kak Rina, Kak Sumayyah, Balqis dan Nasreen, meskipun baru berkenalan, tautan hati yang Allah berikan telah menjayakan sebuah misi..Sangat gembira mengenali kalian atas perjuangan yang sama..

Buat Ekyn, Alin, Wanie, Faza, Along, Azian, Amiera dan Ellana..
Mencintai kalian sangat indah,
Dicintai kalian satu anugerah..


Jujur, hati dipenuhi cinta sejak balik tadi..

Ingin mencintai kalian di syurga..

Oh, indahnya cinta~

Moga Allah redha..

<.......mata tak mahu berkompromi lagi..jika Allah izin, ada kisah lanjutnya nanti..dah hilang fokus.......>

6 comments:

bilahizzah said...

awak baru kenal saya? haha :p

Wafa' Zulfah said...

Alaa..nasreen nih..saya sekalikan je nama..kalau tak masuk kang terasa pulak.. :P

Icah said...

Salam'alaik..mOga kerana Allah memautkan rasa cinta diantara kamu semua.. :) SemOga ini menjadi titik permulaan kamu untuk menghadapi dunia luar.. Ganbatte!

Icah said...

Eh! apa saya tulis ni?? ok2..mOga dengan rasa cinta diantara kamu semua tidak terputus begitu saja..SemOga ini menjadi titik permulaan kamu untuk menghadapi dunia luar.. Ganbatte! ^_^

Izyana Hariffin said...

Assalamualaikum Wafa'

Rasa cinta itu, semadikanlah dalam doa yang berpanjangan, semoga hidayah berkunjung dan menetap di lubuk hati mereka yang terpencil..

Alhamdulillah..
Ana sgt suka membaca tinta anti. tinggi sungguh susunan bahasanya.

Moga Allah meredhai

Wafa' Zulfah said...

>>>ICAH

Jazakillah..ameen!


>>>ELYA IMAN

Alaikisalam..insyaAllah tak lupa mendoakan..

Ketinggian susunan bahasa adalah anugerah berupa amanah agar digunakan sesuai dengan syariatNya..segala pujian dipulangkan pada Yang Maha Esa..

Semoga Allah meredhai kamu juga..^_^