Blogger Layouts

Sunday, October 30

.:: Untuk Kalian, Adik-adikku ::.





Bismillah..

Djabir R.A berkata, saya telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Syaitan telah patah harapan untuk disembah kembali di jazirah Arab, tetapi ia tidak patah untuk merosak hubungan satu pada yang lain..

Sebuah perhubungan dalam apa bentuk sekalipun, atas dasar apapun, tidak terkecuali daripada turun dan naiknya..ada masa laju meluncur, tiba di 'jalan tidak rata', di selekoh bahaya, harus diperlahankan jua.. Namun perlahan bukan sebarangan, melainkan untuk menjaga kesejahteraan penunggang, untuk maslahat jangka panjang. Kemudian akan lancar semula..

Ada ketika harus berhenti..tapi tidak bererti roda itu tidak akan berputar lagi..masanya, ketentuannya, segalanya dalam aturan Dia, Yang Maha Esa..

Begitu pula perjalanan ikatan yang kita sebut ukhuwwah fillah..Ada manisnya, tapi tidaklah manis sentiasa..Kadangkala terasa tawar, tetapi hambar segera ditampung bersama..Terkadang juga pahit menyelit sama, namun dek kepahitan itu kita belajar mengemudi emosi dengan lebih 'dewasa'..

Adik-adikku, kapal yang belayar itu perlu 'team' yang saling mendukung, memahami, menghormati, bertoleransi, bersih hati dan saling peduli..supaya jika ribut sekalipun yang merintangi, dapat didepani dengan kesatuan hati..

" Roh-roh itu merupakan kelompok-kelompok yang berbeza-beza, baik jenis dan macamnya. Maka (roh-roh) yang mirip dalam sifat dan akhlaknya, mereka terus akan bergabung (kerana berasa serasi). Sementara yang tidak sama tabiat dan sifatnya, maka ia akan bercerai-berai"
[Hadith riwayat Muslim no 2638]


Moga tidak akan ada perpecahan dalam tautan kerana Allah..

"Dan taatilah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bersabar"
[Al-Anfal:46]

Dan semoga kesabaran itu tetap bersama kalian..

Hingga mendung berarak pergi,
Salam sayang. (^_^)


[Rindu sebesar-besarnya buat akhawat gen9 semua..biar jasad terpisah berselerak, hati tetap berpadu, seperti dulu..]

Thursday, April 28

Mentertawakan Janji-janji Pada Diri

Bismillah..


Sekian lama meninggalkan laman ini sepi, tak tertunai janji pada diri..

Entah banyak mana janji ditabur pada diri, tapi berapa banyak pula yang benar-benar ditepati..Seringkali kita berusaha menjadi lebih baik, tapi usaha akhirnya mati sebelum berjaya membaikkan diri..nak berubah tak semudah mengekalkan momentum perubahan itu..lalu disitulah satu persatu janji pada diri dimungkiri..

~Sering merasakan diam itu lebih baik daripada berbicara, biar tiada jiwa yang luka~

Menghadapi turun naik kehidupan sememangnya cukup menguji..bila dibawah, bersusah-payah menjejak atas semula dan bila sudah diatas, mempertahankan diri agar tidak jatuh lagi..usaha yang tidak boleh putus dan menuntut kesabaran yang tinggi sambil meyakini Allah sentiasa ada di sisi..sabar itu tetap ada nilai pada pandangan-Nya biarpun nampak sia-sia di mata manusia..

"Pejuang kalau nak berjaya kena turun ke medan peperangan.."

Benarlah..kalau kita pohon kekuatan, Allah beri rintangan untuk dihadapi..bila pohon kebijaksanaan, Allah beri masalah untuk diselesaikan..bila pohon kejayaan, kena tempuh dulu medan 'peperangan' barulah kejayaan dapat digenggam..kalau awal-awal lagi dah lari, kejayaan itu justeru semakin menjauh daripada kita..

Kadangkala dengan ujian itu Allah nak pesan, di saat kamu lelah dan tersungkur, kamu masih ada Allah di mana kamu boleh sandarkan harapan..Jadi, diri yang yang diuji, tingkatkan kesabaran dan gandakan usaha untuk atasinya..Sentiasalah tersenyum kerana disebalik secebis ujian itu, masih terlalu banyak nikmat yang dilimpahkan-Nya..Semoga Allah tunjukkan jalan keluarnya..

**Ambil masa untuk bermuhasabah..ambil masa untuk mengislah..yang lalu tak dapat diubah, tapi yang mendatang mampu digubah**

Pesan seseorang: "Kenanglah!"

Impertubable~suka untuk jadi itu..
(teringat senyuman Miss Farahnaz bila ditanya sebutan perkataan ini ^_^)

Semoga redha Allah menjadi milik kita..selamanya.
Hingga kalam seterusnya,
Allah yubarik feekum.

p/s: pohon berbanyak kemaafan jika ada janji pada manusia belum tertunai..

Saturday, July 17

Indahnya Cinta

Penat..sakit-sakit badan..lenguh kaki..kepala berat..cukup pakej untuk menghantar saya ke katil..
Namun rasa teruja menidakkannya..lagi pula, ada janji untuk bertemu di alam maya~

Baru pulang daripada cheras perdana, tepatnya Sek. Men. Keb. Cheras Perdana..pertama kali menjejakkan kaki membawa bersama taklifan yang bukan ringan..beserta sebuah misi yang serius, saya gagahkan hati walaupun debaran yang memalu dada hampir saja membuatkan saya menarik diri..MUB.

Tiba awal pada malam sabtu untuk sesi TOT dan taklimat..maklumlah..kami yang mewakafkan diri untuk menjadi fasilitator bukannya semua saling mengenali apatah lagi berpengalaman mengendalikan program ini..masa diambil untuk memahami arahan, modul dan 'break the ice' sesama fasi..Alhamdulillah Allah mempertautkan hati kami untuk kelancaran sebuah misi..

Janji nak mula 8.30 pagi sabtu..saya dan sahabat merancang untuk gerak dari rumahnya pada pukul 8 pagi..datang sedikit awal untuk persiapan mental dan menyesuaikan diri..namun Allah tidak mengizinkannya dan tibalah kami di sek berkenaan cuma kurang 5 minit dari masa program bermula..Syukurlah, gelabah kami yang terlewat dapat disembunyikan apabila Abang Bai memulakan program dengan bicara santai..

Mana tak gelabah, kami dah diberitahu malam sebelumnya bahawa slot pagi adalah bahagian terpenting yang memerlukan kerjasama para fasi..slot awal selalunya menjadi indikator kepada keseluruhan program..maka usaha harus berganda..

Pembentukan kumpulan atas pilihan peserta..namun saya lihat kumpulan saya sendiri bukan semuanya mereka pilih..6 orang tingkatan dua dan 2 lagi tingkatan satu..mereka kurang mengenali yang berbeza tingkatan..saya cuba untuk memahami..sekolah mereka sangat besar dan ramai pelajar, beza dengan sekolah saya..tingkatan 2 sahaja mereka ada 10 kelas..padanlah mereka tidak saling mengenali seperti saya mengenali warga al-amin bangi..<...yang perempuan la...>

Ta'aruf tak memuaskan hati saya kerana dilakukan dalam kebingitan dan kesuntukan waktu.. ais tak betul-betul pecah..perkenalan sekadarnya sahaja kerana slot seterusnya harus mengisi pula..Alhamdulillah saya ingat nama mereka walaupun bukan nama penuh..

Tidaklah saya rajin untuk mencoretkan detail permainannya..tapi jika tidak, maka cerita kurang sempurna..mereka diarah untuk menutup mata dan mulut (kain+selotape) dan meletakkan tangan kanan di belakang badan..lalu mereka perlu mencari ahli kumpulan yang telah diselerakkan tanpa apa-apa bantuan..ada pula fasi-fasi yang mencerai-beraikan mereka bila mereka telah berjumpa..kesimpulannya, kumpulan tidak berjaya dijejaki..

Kemudian diberi kelonggaran untuk membuka mulut dan fasi turut membantu..hasilnya? cuma sedikit masa diambil untuk mengumpulkan ahli..naah! ketika inilah saya melihat sesuatu..sungguh saya langsung tidak menjangkakannya..amat mengejutkan..saya melihat dua orang dalam satu kumpulan ni yang menangis..menangis yang sungguh-sungguh, siap menjerit kecil lagi.."aku takut..aku takut sangat..aku tak jumpa kau pun tadi.." "aku puun..." "eh, x payah la nages.." panjang lagi la..

Saya hairan amat dengan dia..Selepas itu, saya sedar, rasa cinta lah yang membuatnya begitu.. Rasa sayang yang mendalam kepada sahabat..biasalah, ada klik...Masa itulah saya terfikir.. 'MasyaAllah, indahnya cinta mereka!' Saya jadi teringat sahabat-sahabat saya yang saya rindu semuanya..dalam hati bermonolog sendiri, 'Pasti lebih indah cinta saya..cinta atas jalan yang sama..atas fikrah yang satu..hati kami berpadu..' 'oh, alangkah baiknya jika mereka faham apa yang saya rasa..'

Selebihnya, apa yang berlaku sepanjang sehari ini pasti saya semat di hati. Tidak dapat lagi menahan diri daripada tidur..rasa sangat penat..

Cuma yang saya ingin nyatakan, betapa kesempatan hanya beberapa jam mengenali mereka, Allah beri saya rasa cinta tiada tara..melimpah bagaikan tiada harga..sukar digambarkan dengan kata-kata..berat hati mereka nak melangkah pulang ke rumah petang tadi..berat lagi saya nak mengundur diri..masing-masing tak tahu entah bila lagi Allah akan temukan kami semula..
Ya Allah, berilah kesempatan itu kepada kami..

Sekalung penghargaan buat guru-guru SMK Cheras Perdana yang supporting dan peserta-peserta yang sporting..

Buat abang-abang, terima kasih atas tunjuk ajar..
Juga buat akak-akak seperanan, Kak Aisyah, Kak Sod, Kak Fatina, Kak Ima, Kak Rina, Kak Sumayyah, Balqis dan Nasreen, meskipun baru berkenalan, tautan hati yang Allah berikan telah menjayakan sebuah misi..Sangat gembira mengenali kalian atas perjuangan yang sama..

Buat Ekyn, Alin, Wanie, Faza, Along, Azian, Amiera dan Ellana..
Mencintai kalian sangat indah,
Dicintai kalian satu anugerah..


Jujur, hati dipenuhi cinta sejak balik tadi..

Ingin mencintai kalian di syurga..

Oh, indahnya cinta~

Moga Allah redha..

<.......mata tak mahu berkompromi lagi..jika Allah izin, ada kisah lanjutnya nanti..dah hilang fokus.......>

Friday, July 16

~Alhamdulillah~

Huwaa!! ngantuk pula awal petang ni..rasa nak lena tapi nak curi juga masa..kesempatan yang ada tidak bole dibiar sia-sia..esok ada misi dan perjalanannya akan bermula sebentar lagi..

<.....malasnye nak berkemas.....>

Duduk dengan nenek kat rumah seringkali mendatangkan sesuatu..Meskipun saya kurang akrab dengannya, saya masih cuba bermesra..

Kamu tahu? kalau saya layan dia bicara, dia rajin menurunkan ilmu rumahtangga.. <.....erk?.....>
Hehe..kadangkala terasa lucunya, tapi saya sedar saya semakin dewasa..maka perkongsiannya serupa itu..

Apa yang dikongsi bersama, bukanlah saya tak tahu, tapi saya tetap luangkan masa mendengar.. Dia berbicara dari sudut pengalamannya hingga saya merasakan ada nilai tambah dalam ilmu sedia ada..dan huraiannya menepati keadaan semasa..

~Jangan tengok siapa yang berbicara, tapi dengarlah apa yang dibicarakannya~

Dia sendiri menimang cahaya mata pertama pada usia belasan tahun dan mempunyai 10 orang anak kandung kesemuanya..

Dia kata:

1> Perlu tahu peranan dan tanggungjawab
Kewajipan mesti dilaksanakan biar betapa payah pun ia..lebih-lebih lagi seorang isteri..wajib menyenangkan hati suaminya, mengurus rumahtangga sebaiknya dan berusaha menyiapkan keperluan seisi keluarga..

2> Pendidikan agama sangat perlu dititikberatkan
Yang ini, anda faham sendirilah. Tapi fokus ulasannya tadi adalah suami bertanggungjawab atas isteri dan anak-anaknya..kewajipan mendidik dan menegur itu bakal dipersoalkan kembali di akhirat nanti..apakah peranan sebagai imam keluarga sudah dipenuhi?

3> Jangan sampai yang di bawah tak menghormati
Menuruti kemahuan bukan sehingga menjadikan dia lupa akan kesusahan..memanjakan jangan sampai dia tak tahu menghormati orang..mengapa ada suami yang takut menegur khilaf isteri lantas apa saja yang si isteri mahu direlakan saja sedangkan dia tahu Allah tak redha? Mengapa pula ada ibubapa yang tidak menegur tindakan anaknya yang jauh sepadan dari syariat sedangkan tugas mendidik itu terpikul di bahunya? laksana singa takutkan kucing padahal singa yang sebenarnya mempunyai taring..sudah akhir zaman..ibu melahirkan tuan..sewenang-wenangnya dipijak kepala..

4> Ibu bapa sebagai qudwah
Pastikan apa yang kita lakukan hanya yang baik-baik supaya menjadi contoh kepada mereka..terutamanya kepada kanak-kanak kerana mereka menelan bulat-bulat apa yang didengar dan dilihat..jangan kesilapan kita kelak menjadi hujah untuk mereka melakukan perkara yang sama..
Percayakah anda sikap ibu bapa banyak mempengaruhi anak-anak mereka? Saya melihat kesannya selama memegang tugas mendidik anak-anak pra-sekolah..tidak dapat saya huraikan panjang di sini kerana kesuntukan masa..Kesimpulannya, mahu anak-anak yang soleh, perlu cari pasangan yang soleh..mahu pasangan yang soleh, perlu jadikan diri sendiri itu soleh..

5> Mendidik anak harus setiap ketika
"Anak-anak itu lahir dalam keadaan fitrah. Ibu bapanya lah yang mencorakkannya sama ada menjadi yahudi, nasrani atau Islam.." Allah pinjamkan kain putih untuk dicorakkan maka amanah itu bukan untuk kita sia-siakan..bakal dituntut kembali lalu corak yang bagaimana ingin kita persembahkan? Jangan biarkan kotoran mencuri walau sedikitpun ruang kerana kita harus memenuhkannya dengan kebaikan..setiap masa..Mendidik dengan berhikmah agar mereka boleh menerima segala penjelasan dan 'peraturan' tanpa rasa pemberontakan dalaman..

6> Jaga hubungan dengan Allah, nescaya Allah menjaga keluarga kita
Jangan cuai menunaikan kewajipan pada Allah terutamanya solat kerana jika ada ahli keluarga mengabaikan solat, ketenangan dan keharmonian dalam keluarga akan dicabut..Tidak lengkap rasa bahagia meskipun dengan limpahan harta, kesihatan sempurna dan kejayaan yang diraih.. sebaliknya Allah akan membinasakannya di dunia dan mengazab pula di akhirat..Jika keluarga dijaga sesuai dengan perintah Allah, terpisah di dunia, bertaut kembali di syuga!

Cuma itu yang tertulis di sini..Yang lain-lain biarlah saya simpan saja..untuk peringatan buat diri sendiri.. Wallahua'lam..ada cerita menarik ingin dikongsi..namun mata tak memberi restu untuk saya singgah lebih lama di sini..

Oh! Hadirlah mimpi~

Moga Allah meredhai..